Thursday, December 5, 2013

STRESS?

kisah 1 (petang tadi)

mr.sam sms kat mr.A

Mr.Sam:      A mintak biskut
Mr.A reply: Ambiklh
Mr.Sam:      Apasal kosong pun dlm tin?
Mr.A:         Habuk biskut ada lg.
Mr.Sam:     Kurang ajar

kisah 2 (beberapa bulan lepas)

Mr.Sam telah buat air kopi panas

Mr.Sam:     A mintak air sejuk.. Air kopi ni panas sangat..
Mr.A:         Ambiklah.. ada kat atas

beberapa minit kemudian

Mr. Sam:    Apasal air kopi ni masin
Mr.A pun try minum: yerlah masin.. tsalah masukkan garam kot.
                                 takpun ada org tsalah campur garam dlm gula..
                                 xpun serbuk kopi tlebih garam.
                                 kan biasanya org proses kopi memang campur garam

Mr. Sam pun try rasa gula dalam bekas, kot2 bercampur garam.. siap suruh org lain rasa sekali..

beberapa hari kemudian, Mr.A perasan sesuatu.. Botol yg berisi air laut hilang separuh..
dalam hati Mr.A " Ceh, patut masin"..

alkisahnya beberapa minggu sbelum tu Mr.A dan kwn2 pegi bkelah di pantai pas2 Mr.A teruja tengok ombak pastu pastu terus isi dlm botol....hahaha

walaupun kopi tu masin tapi habis diminum satu rumah.. satu rumah minum air laut...

ps: cerita ni disediakan khas untuk semua kawan2 yg tengah stress.. semoga berjaya dan doakan aku cemerlang dunia dan akhirat..


Wednesday, July 31, 2013

MIMPI

              Kejadian ni berlaku tahun lepas, seingat angah waktu tu, angah tidur waktu asar di ruang tamu(kalau xsilap bulan Ramadhan) . Angah telah bermimpi hampir terlanggar seorang jemaah surau yang sedang menaiki motor di simpang 4 ... lepas tu angah telah bermimpi Abang Long(sepupu) sedang dikerumuni oleh kaum kerabat. Angah tengok dibawah dilehernya penuh jerawat. Angah pun nak pergi picit jerawat dia dalam mimpi tersebut. Tiba-tiba jerawat tu bertukar menjadi nanah berlubang-lubang sebesar ibu jari.

            Sebaik sahaja bermimpi, angah terus bangun dari  tidur dan dengupan jantung angah laju. terkeluar dari lidah angah," Ya Allah, selamatkan Abang Long", hati angah terasa kuat untuk telefon ayahnya supaya berhati-hati. Terlintas di hati ni mungkin mainan mimpi, dan kalau betul2 berlaku mungkin lepas tu giliran angah.

          Lebih kurang seminggu kejadian tu, angah dengar2 je, mata abang long terkena acid. Terdetik dalam hati angah, "lepas ni mungkin giliran aku. Ya Allah, selamatkan diriku. HambaMu ini belum bersedia untuk mati". Lepas tu, setiap simpang 4 yang angah lalu.. Angah lalui dengan berhati-hati dan angah amalkan amalan2 yang boleh menambah baik(contoh dari takdir rugi jadi untung dalam bisnes, sila baca kisah Abdurahman bin Auf), bertukar atau mengubah takdir kepada takdir yang lebih baik yang telah ditetap oleh Allah s.w.t setakat yang Angah tahu seperti bersedekah dan jangan membazir walaupun sebutir nasi di dalam pinggan.(SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH)

          Lebih kurang sebulan selepas itu, waktu majlis perkahwinan sepupu perempuan. waktu majlis menghantar pengantin perempuan ke rumah lelaki. angah sedang melalui simpang 4 dengan menaiki kereta. Angah berpaling ke arah kanan terlalu lama sambil bergerak. Sebab angah nak tengok rombongan kaum kerabat angah dah sampai ke belum di rumah pengantin lelaki(rumah pengantin lelaki di sebelah kanan simpang 4 tersebut). Tiba2 sebuah motor membunyikan hon dari depan, rupa-rupanya angah bawak kereta ke arah kanan sedikit (terkeluar dari laluan lurus) menyebabkan hampir terlanggar orang yang bawak motosikal LC dari arah depan dan lebih mengejutkan orang yang bawa motsikal LC tersebut sepupu angah sendiri(sepupu yg lain). Selepas kejadian tu hati Angah berasa lega , sebab mimpi Angah terjawab.

         Orang kata mimpi buruk jangan cerita, tapi kalau dah berlaku takpe kot. Andai kata belum mahupun sudah berlaku, angah memohon berjuta2 kemaafan di bulan Ramadhan ni. Doakan angah masuk ke dalam golongan orang yang soleh sebab angah belum layak dikategori soleh. Terasa diri ini banyak sifat munafiq. Angah selalu amal surah al Ikhlas supaya dihilangkan sifat munafiq.
     


Sunday, July 28, 2013

ROH

suatu hari....  jumaat. sedang nyenyak angah tidur, tiba2 terdengar satu suara berbisik dalam kepala
"tok datang".. angah terus bangun dari tidur. tiba2 terlintas dalam kepala "roh arwah tok(nenek) datang melawat ke?"... tiba2 rasa malu.. malu sebab cucu dia ni hampeh... al-fatihah buat arwah nenek..

Friday, April 26, 2013

PROJEK BARU

Alhamdulillah.. projek semester lepas berjaya. Angah ada 2 projek baru.. projek micro c guna PIC877A dan satu lagi final projek.. lecturer angah cadangkan satu projek menggunakan software android dan server (php).. kegunaan software ni untuk check jika terdapat kesalahan ejaan pada surah tertentu pada kitab keluaran penerbit tertentu.. software android akan menukar gambar surah yg diambil menjadi text arab kemudian akan dihantar kepada server untuk dianalisis samada tepat atau tidak. Kemudian menghantar semula pengesahan kepada pengguna software android tersebut..

Fuuhh.. mencabar btul tanggungjawab ni.. angah bukan terer sangat programming. Doakan angah berjaya.. InsyaAllah

Saturday, December 8, 2012

PROJEK HAMPIR SIAP


alhamdulillah....hardware dah siap... tinggal software plak...


gps transmitter to gsm module..

picture for header website... buat yg simple sudah..

Thursday, December 6, 2012

REVERSE

Salam..

biasanya orang suka mengatakan, harga barang naik, saya untung 7% simpan duit di bank T, saya untung 20% simpan di amanah A.... selepas mengetahui sistem duit kertas(sekarang banyak duit digital dari yang bercetak), dan datang persoalan dalam kepala Angah.. betul ke harga barang naik? betul ke untung simpan dan melabur bla..bla...bla...?

 asal usul duit kertas pun adalah janji hutang emas/perak..

 means 1 dinar kertas=1 dinar emas yg tulen.... secara purata harga emas naik minimum 20% setiap tahun atau direversekan nilai duit kertas turun sebanyak 20% berbanding nilai emas setiap tahun..

Bila orang bagitau kat Angah, dia untung 7% tahun lepas----apa yang Angah fikir-->> dia rugi 13% tahun lepas..

 yg bagitau dia untung 20% tahun lepas---apa yang Angah fikir-->>dia tak untung pun..

kalau betul untung, nilainya mestilah melebihi peratus kenaikan nilai emas/perak pada tahun tu.. sebab yg Angah telah bagitau.. asal usul duit kertas adalah janji hutang emas/perak.. 1dinar duit kertas=1dinar emas tulen.. 1ringgit kertas=1ringgit yg tulen... 1pound sterling kertas=1pound sterling yg tulen..

berapa orang yg sedar kita hidup di zaman riba berleluasa? dirompak secara halus tanpa sedar..



Saturday, December 1, 2012

FACEBOOK DEACTIVATE

salam semua..

facebook angah ditutup buat sementara waktu... habis exam nanti.. active balik.. sebab?

untuk kurangkan process of processor in my head.. I'm not the genius person like my friend.. in class he can read the novel and write note in the same time.. last week, he write the novel while the lecturing time. also senior friend, they can watch the Korean drama and song in class but their result always high..

maybe in their head have intel i7 processor?. can do many thing in the same time...kih3...

angah  x boleh tido.. ntah kepala angah tengah pikir apa... my favourite game  pun angah dah uninstall.. 1game amik masa sampai sejam lebih.. tu baru satu game..kih3

untuk pengetahuan korang, semester ni group angah buat projek Bus Information System.. kita boleh tahu bila bas nak sampai dengan SMS dan boleh check kat website.

 Projek ni pakai mirocontroller ATMEGA8, GPS, GSM untuk buat transmitter(hantar longitude, latitude, kelajuan bas), Visual Basic untuk buat serve system(terima SMS), mysql untuk simpan data, html untuk website. Yang menariknya kita dapat melihat pergerakan bas kat google map di website tersebut..
 harap2..... insyAllah projek ni jadi..