Wednesday, July 31, 2013

MIMPI

              Kejadian ni berlaku tahun lepas, seingat angah waktu tu, angah tidur waktu asar di ruang tamu(kalau xsilap bulan Ramadhan) . Angah telah bermimpi hampir terlanggar seorang jemaah surau yang sedang menaiki motor di simpang 4 ... lepas tu angah telah bermimpi Abang Long(sepupu) sedang dikerumuni oleh kaum kerabat. Angah tengok dibawah dilehernya penuh jerawat. Angah pun nak pergi picit jerawat dia dalam mimpi tersebut. Tiba-tiba jerawat tu bertukar menjadi nanah berlubang-lubang sebesar ibu jari.

            Sebaik sahaja bermimpi, angah terus bangun dari  tidur dan dengupan jantung angah laju. terkeluar dari lidah angah," Ya Allah, selamatkan Abang Long", hati angah terasa kuat untuk telefon ayahnya supaya berhati-hati. Terlintas di hati ni mungkin mainan mimpi, dan kalau betul2 berlaku mungkin lepas tu giliran angah.

          Lebih kurang seminggu kejadian tu, angah dengar2 je, mata abang long terkena acid. Terdetik dalam hati angah, "lepas ni mungkin giliran aku. Ya Allah, selamatkan diriku. HambaMu ini belum bersedia untuk mati". Lepas tu, setiap simpang 4 yang angah lalu.. Angah lalui dengan berhati-hati dan angah amalkan amalan2 yang boleh menambah baik(contoh dari takdir rugi jadi untung dalam bisnes, sila baca kisah Abdurahman bin Auf), bertukar atau mengubah takdir kepada takdir yang lebih baik yang telah ditetap oleh Allah s.w.t setakat yang Angah tahu seperti bersedekah dan jangan membazir walaupun sebutir nasi di dalam pinggan.(SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH)

          Lebih kurang sebulan selepas itu, waktu majlis perkahwinan sepupu perempuan. waktu majlis menghantar pengantin perempuan ke rumah lelaki. angah sedang melalui simpang 4 dengan menaiki kereta. Angah berpaling ke arah kanan terlalu lama sambil bergerak. Sebab angah nak tengok rombongan kaum kerabat angah dah sampai ke belum di rumah pengantin lelaki(rumah pengantin lelaki di sebelah kanan simpang 4 tersebut). Tiba2 sebuah motor membunyikan hon dari depan, rupa-rupanya angah bawak kereta ke arah kanan sedikit (terkeluar dari laluan lurus) menyebabkan hampir terlanggar orang yang bawak motosikal LC dari arah depan dan lebih mengejutkan orang yang bawa motsikal LC tersebut sepupu angah sendiri(sepupu yg lain). Selepas kejadian tu hati Angah berasa lega , sebab mimpi Angah terjawab.

         Orang kata mimpi buruk jangan cerita, tapi kalau dah berlaku takpe kot. Andai kata belum mahupun sudah berlaku, angah memohon berjuta2 kemaafan di bulan Ramadhan ni. Doakan angah masuk ke dalam golongan orang yang soleh sebab angah belum layak dikategori soleh. Terasa diri ini banyak sifat munafiq. Angah selalu amal surah al Ikhlas supaya dihilangkan sifat munafiq.
     


Sunday, July 28, 2013

ROH

suatu hari....  jumaat. sedang nyenyak angah tidur, tiba2 terdengar satu suara berbisik dalam kepala
"tok datang".. angah terus bangun dari tidur. tiba2 terlintas dalam kepala "roh arwah tok(nenek) datang melawat ke?"... tiba2 rasa malu.. malu sebab cucu dia ni hampeh... al-fatihah buat arwah nenek..