Monday, February 14, 2011

Habbatus Sauda @ Bijan Hitam

assalamualaikum...
     Selamat menyambut maulidur rasul.. Hari ni angah nak cerita tentang salah satu daripada makanan sunnah nabi  iaitu habbatus sauda. kalau dalam bahasa melayu dipanggil bijan hitam kalau ikut english plak dipanggil black seed..

"tetaplah kamu dengan habbatus sauda sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(maut)"-al-bukhari


alhamdullilah sejak angah amalkan makan habbatus sauda lebih kurang 4 bulan, dengan izin Allah.. dah lama angah tak demam, jerawat pun kurang. 
Segalanya bermula dari tahun lepas. Angah kerap demam sehinggakan kawan rapat angah kata " ko putus cinta ke?" ....ha3..

angah suruh member beli kat sri petaling yg belum diproses macam gambar kat atas..

macam mana nak amalkan?
-makan mentah2 boleh, campur dalam masakan, dalam air kopi(goreng pas2 lumatkan) dan 1001 macam lagi.. bila campur dalam masakan, rasa makanan tu jadi lagi best.. habbatus sauda kan sejenis rempah..

bunga habbatus sauda.. cantik kan.. 

antara khasiatnya:
Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
 
Meningkatkan bioaktivitas hormon
 
Menetralkan racun dalam tubuh,
 
Mengatasi gangguan tidur dan stress,
 
Anti histamin/anti alergi
 
Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
 
Melancarkan air susu ibu
 
Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
 
Anti tumor
 
Nutrisi bagi manusia
 
Anti Oksidan
 
Anti infektif dan broncodialating

 

bila sebut pasal maulidur rasul, selalu terlintas di fikiran... berapa orang yang selalu berarak di tv sambut maulidur rasul yg amalkan sunnah nabi?..

lagi teruk, mereka sambut maulidur rasul tapi memperlekeh sunnah nabi?, sambut birthday nabi tapi lawan cakap nabi? bagi angah sama je golongan ni dengan orang nasrani.. mereka juga sambut birthday nabi Isa a.s. tapi tidak mengikut ajaran yg dibawa nabi Isa a.s.

ps: jom amal sunnah nabi mengikut kemampuan korang.. sunnah nabi kunci kejayaan..

5 comments:

  1. Kita bukan sambut birthday nabi..salah tue, dalam islam mane ade sambut birthday2 nie...huhuu. Kita menghayati perjuangan baginda dan keperibadiannya untuk dijadikan panduan dan pendoman hidup..wallahualam.

    ReplyDelete
  2. wah..hebat giler entries nie...
    2 jam kot buat entries nie..
    memang famous gilerla entries nie...

    ReplyDelete
  3. Bijan hitam bukan ke black sesame.bukan black seed

    ReplyDelete
  4. Bijan hitam berbeza dengan jintan hitam
    Habbatus sauda... jintan ke bijan

    ReplyDelete