Tuesday, February 15, 2011

Dinar, Dirham dan Sistem matawang..

kali ni angah nak cerita salah satu sunnah nabi iaitu penggunaan dinar dan dirham dalam urusan jual beli dan akibat bila kita meninggalkan satu dari sunnah nabi yg terpenting ke dalam hidupan harian kita... kenapa angah kata terpenting? sebab ia membabitkan ekonomi..


dinar ialah duit yg dibuat dari logam emas dan dirham adalah duit yg dibuat dari logam perak..nilai duit tu ada pada nilai logam itu sendiri..
duit kertas plak ialah kertas yg dicop-cop..nilainya pula ditentukan oleh pemerintah, sistem bank, spekulator, dan banyak lagi faktor lain... duit kertas juga dipanggil fiat money atau nama melayunya 'janji hutang'..
 iraqi dinar adalah duit kertas yg tidak bernilai sekarang akibat perang..

pada asalnya duit berfungsi seperti kupon.. biasanya kupon dikeluarkan oleh pihak sekolah atau pihak universiti pada hari carnival tertentu.. selepas kita membayar dengan kupon pada peniaga.. peniaga akan menuntut duit kertas dengan pihak sekolah atau universiti.. begitu juga dengan duit kertas yg kita guna setiap hari, pada asalnya duit kertas ialah janji hutang emas.. selepas kita membayar dengan duit kertas.. peniaga akan pergi ke bank untuk menukarkannya dengan emas...

apa nilai duit kertas sekarang?
cuba korang pergi ketuk pintu bank negara lepas tu korang cakap nak tukar dengan emas.. mesti jawapannya tak boleh.. duit kertas sekarang hanyalah kertas yg bercorak cantik.. itulah akibat bila kita ikut orang yahudi..

fungsi duit kertas pada yahudi...
Kekayaan sebenar(emas) akan sentiasa beredar dikalangan yahudi kerana mereka yg menguasai bank2 dunia.
Duit kertas boleh digunakan untuk mengumpul emas secara senyap.. mereka tidak perlu lagi menjajah untuk mencuri galian emas..
Untuk mengerakkan hamba2 mereka, orang2 yahudi hanya perlu mencetak lebih banyak duit kertas tanpa perlu risau kehabisan emas yg dicipta Allah yg kuantitinya terhad. contohnya tentera amerika.. untuk menanggung kos perang, mereka hanya perlu mencetak lebih banyak duit US dollar..

akibat penggunaan duit kertas?
Harga barang sentiasa naik. .
Sentiasa berlaku peperangan dan penindasan.

PESANAN ANGAH TERUTAMANYA PADA SAUDARA-MARA YG ANGAH SAYANG..
SIMPANLAH EMAS KETULENAN 99.99% SEKURANG-KURANGNYA 80GRAM SETIAP KELUARGA... kalau simpan dinar emas 99.99% lagi bagus, sebab senang nak bayar zakat.. 20 dinar yg disimpan selama setahun diwajibkan bayar zakat sebanyak setengah dinar. 20 dinar bersamaan 85gram emas nilainya lebih kurang RM13 ribu..

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau
mendengar Rasullah S.A.W bersabda :- Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


ps: duit digital lagi bahaya dari duit kertas.. sebab tidak boleh disentuh, dipegang, dirasa mahupun digigit sekalipun ...hehe.. lain kali angah citer pasal duit ghaib(digital) plak hehe.. kembalilah kita pada wang sunnah yg berbentuk fizikal dan nyata daripada logam berharga....pesanlah pada anak, cucu, cicit... simpanlah emas..

1 comment:

  1. sebarang persoalan sila tanya... insyallah angah akan jawab next entry

    ReplyDelete