Tuesday, February 15, 2011

Dinar, Dirham dan Sistem matawang..

kali ni angah nak cerita salah satu sunnah nabi iaitu penggunaan dinar dan dirham dalam urusan jual beli dan akibat bila kita meninggalkan satu dari sunnah nabi yg terpenting ke dalam hidupan harian kita... kenapa angah kata terpenting? sebab ia membabitkan ekonomi..


dinar ialah duit yg dibuat dari logam emas dan dirham adalah duit yg dibuat dari logam perak..nilai duit tu ada pada nilai logam itu sendiri..
duit kertas plak ialah kertas yg dicop-cop..nilainya pula ditentukan oleh pemerintah, sistem bank, spekulator, dan banyak lagi faktor lain... duit kertas juga dipanggil fiat money atau nama melayunya 'janji hutang'..
 iraqi dinar adalah duit kertas yg tidak bernilai sekarang akibat perang..

pada asalnya duit berfungsi seperti kupon.. biasanya kupon dikeluarkan oleh pihak sekolah atau pihak universiti pada hari carnival tertentu.. selepas kita membayar dengan kupon pada peniaga.. peniaga akan menuntut duit kertas dengan pihak sekolah atau universiti.. begitu juga dengan duit kertas yg kita guna setiap hari, pada asalnya duit kertas ialah janji hutang emas.. selepas kita membayar dengan duit kertas.. peniaga akan pergi ke bank untuk menukarkannya dengan emas...

apa nilai duit kertas sekarang?
cuba korang pergi ketuk pintu bank negara lepas tu korang cakap nak tukar dengan emas.. mesti jawapannya tak boleh.. duit kertas sekarang hanyalah kertas yg bercorak cantik.. itulah akibat bila kita ikut orang yahudi..

fungsi duit kertas pada yahudi...
Kekayaan sebenar(emas) akan sentiasa beredar dikalangan yahudi kerana mereka yg menguasai bank2 dunia.
Duit kertas boleh digunakan untuk mengumpul emas secara senyap.. mereka tidak perlu lagi menjajah untuk mencuri galian emas..
Untuk mengerakkan hamba2 mereka, orang2 yahudi hanya perlu mencetak lebih banyak duit kertas tanpa perlu risau kehabisan emas yg dicipta Allah yg kuantitinya terhad. contohnya tentera amerika.. untuk menanggung kos perang, mereka hanya perlu mencetak lebih banyak duit US dollar..

akibat penggunaan duit kertas?
Harga barang sentiasa naik. .
Sentiasa berlaku peperangan dan penindasan.

PESANAN ANGAH TERUTAMANYA PADA SAUDARA-MARA YG ANGAH SAYANG..
SIMPANLAH EMAS KETULENAN 99.99% SEKURANG-KURANGNYA 80GRAM SETIAP KELUARGA... kalau simpan dinar emas 99.99% lagi bagus, sebab senang nak bayar zakat.. 20 dinar yg disimpan selama setahun diwajibkan bayar zakat sebanyak setengah dinar. 20 dinar bersamaan 85gram emas nilainya lebih kurang RM13 ribu..

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau
mendengar Rasullah S.A.W bersabda :- Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


ps: duit digital lagi bahaya dari duit kertas.. sebab tidak boleh disentuh, dipegang, dirasa mahupun digigit sekalipun ...hehe.. lain kali angah citer pasal duit ghaib(digital) plak hehe.. kembalilah kita pada wang sunnah yg berbentuk fizikal dan nyata daripada logam berharga....pesanlah pada anak, cucu, cicit... simpanlah emas..

Monday, February 14, 2011

Habbatus Sauda @ Bijan Hitam

assalamualaikum...
     Selamat menyambut maulidur rasul.. Hari ni angah nak cerita tentang salah satu daripada makanan sunnah nabi  iaitu habbatus sauda. kalau dalam bahasa melayu dipanggil bijan hitam kalau ikut english plak dipanggil black seed..

"tetaplah kamu dengan habbatus sauda sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(maut)"-al-bukhari


alhamdullilah sejak angah amalkan makan habbatus sauda lebih kurang 4 bulan, dengan izin Allah.. dah lama angah tak demam, jerawat pun kurang. 
Segalanya bermula dari tahun lepas. Angah kerap demam sehinggakan kawan rapat angah kata " ko putus cinta ke?" ....ha3..

angah suruh member beli kat sri petaling yg belum diproses macam gambar kat atas..

macam mana nak amalkan?
-makan mentah2 boleh, campur dalam masakan, dalam air kopi(goreng pas2 lumatkan) dan 1001 macam lagi.. bila campur dalam masakan, rasa makanan tu jadi lagi best.. habbatus sauda kan sejenis rempah..

bunga habbatus sauda.. cantik kan.. 

antara khasiatnya:
Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
 
Meningkatkan bioaktivitas hormon
 
Menetralkan racun dalam tubuh,
 
Mengatasi gangguan tidur dan stress,
 
Anti histamin/anti alergi
 
Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
 
Melancarkan air susu ibu
 
Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
 
Anti tumor
 
Nutrisi bagi manusia
 
Anti Oksidan
 
Anti infektif dan broncodialating

 

bila sebut pasal maulidur rasul, selalu terlintas di fikiran... berapa orang yang selalu berarak di tv sambut maulidur rasul yg amalkan sunnah nabi?..

lagi teruk, mereka sambut maulidur rasul tapi memperlekeh sunnah nabi?, sambut birthday nabi tapi lawan cakap nabi? bagi angah sama je golongan ni dengan orang nasrani.. mereka juga sambut birthday nabi Isa a.s. tapi tidak mengikut ajaran yg dibawa nabi Isa a.s.

ps: jom amal sunnah nabi mengikut kemampuan korang.. sunnah nabi kunci kejayaan..

kisah seterusnya yg terlintas di fikiran

..tentang habbatussauda
..dinar, dirham dan sistem matawang
..nasihat dengan harapan dinasihat
..kisah cinta, kawin masa belajar, jodoh
..insan biasa
..sayang menyayangi?
insyallah

KISAH SATU PERJALANAN


pada suatu hari.... "azri nak ikut x pergi comeron highland? kalau lambat, nanti kena tinggal"... tulah antara dialog yg angah ingat....... angah tak sangka plak moto buruk ni bleh naik bukit, bleh tahan jauhnyer plak tu...kui3

kami berkonvoi seramai 7 orang dengan motor masing2.. kami mendaki melalui Tapah kemudian keesokannya turun melalui Ipoh... perjalanan sehala mengambil masa 4 jam setengah.. maknanya lebih kurang 9 jam kami menunggang motor... selepas menginap disana semalaman keesokannya kami melawat kebun strawberi kemudian ladang teh...macam2 peristiwa lucu berlaku. contohnya bila kami order minuman panas tapi sekejap sahaja menjadi sejuk disebabkan suhu sekeliling kami ... tapi itulah kenangan terindah yg tinggal untuk dikenang.. : )

Apa yang best kat atas sana?
entahlah.. tak boleh digambarkan dengan kata2.. yang angah boleh kata " Indahnya alam ciptaan Allah"..

ps: tengok member2 angah.. betapa gembiranya mereka...
     nape ngan gambar angah? .....sebab sejuk kot.. kui3