Wednesday, April 25, 2012

DEMAM

baru2 ni angah demam agak teruk... alhamdulillah dengan izin Allah.... angah sembuh dari demam tanpa makan ubat hospital/ klinik.. tapi angah makan habbatus sauda, bawang putih(letak dlm masakan) dan orange(tak digalakkan jika sakit perut) jadi pengganti antibiotik..... dan minum air banyak2, mandi, minum air barli(buat sup pun sedap) jadi pengganti ubat demam.. 

Dikatakan pengambilan antibiotik dan ubat2 kimia menyebabkan antibodi tubuh semakin lemah untuk jangka masa panjang dan akan diturunkan secara genetik kpd anak2... jadi kpd sapa2 yg nak anak2 yg sihat.. jagalah pemakanan dan kesihatan anda... amalkan sunnah setakat yg termampu.. sunnah is the best way..

lepas sembuh... demam angah berjangkit pula kpd member2 serumah...kih3 ..sory bro.. kuat juga kuman ni.. kemudian berjangkit semula kpd angah selepas seminggu( mujur dah abis test masa tu)... he3... dengan izin Allah.. demam ni kebah/sembuh dlm semalaman shj... mungkin antibodi angah semakin kuat... wallahuallam

Note: bukan semua yg dinyatakan adalah makanan sunnah. Sila bertanya kepada orang yg alim. Harap maklum.

Wednesday, July 13, 2011

STOK BARU SAMPAI

assalamualaikum..
bagi sesiapa yg masih belum tahu, angah ingin bagi tahu sekarang angah mulakan bisnes balik. Kali ni angah mula berniaga jual sabun herba.. kelebihan sabun ni, selama angah pakai.. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik hitam bintik-bintik putih dan menghaluskan ruang2/ liang2/puri2 pada kulit dan jerawat dengan izin Allah S.W.T. Tapi bukan semua bintik2 hitam boleh hilang seperti tahi lalat dan tanda lahir...hehehe

sempena harga dirham kelantan turun. Angah jual pada harga 1 dirham kelantan (KGT) sahaja sekotak + rm5 untuk kos hantar..

atau dengan harga  rm25 sekotak + rm5(kos hantar).

 stok baru ada dalam 20 kotak.

 Only 1 dirham kelantan. saiz kotak berbanding saiz 1 dirham

 rupa/ bentuk sabun..(nota: mungkin berbeza bagi setiap kotak kerana diproses secara manual)



 

Saturday, July 9, 2011

HARGA TURUN

assalamualaikum..

berita gembira bagi pengumpul2 dan pengguna2 dirham. Harga dirham kelantan (KGT) turun dari rm30 kepada rm25. Beli cepat sebelum harga naik.

Hari ni angah nak bagi satu teka-teki.. Sejak beribu-ribu tahun manusia gunakan duit emas dan perak.. pastu tiba2 je ghaib.. pastu tiba2 je orang guna duit kertas. Teka-teki angah berbunyi begini.. Bagaimana duit emas dan perak boleh hilang dalam masyarakat? Siapakah yang bertanggungjawab? kalau bijak cubalah jawab.  Klu bagi teka-teki tersebut ialah:.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau
mendengar Rasullah S.A.W bersabda :- Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Thursday, July 7, 2011

SABUN UNTUK DIJUAL

angah jual 1 dirham kelantan je sekotak... murah kan..hehe( sila klik gambar)..
sapa2 nak beli dengan fiat money pun angah terima.. RM25 + RM10(kos hantar)
STOK ADALAH TERHAD!

sesuai untuk kulit yang bermasalah.

dibuat daripada 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia.


Tuesday, June 21, 2011

SIMPANAN PERTAMA

assalamualaikum..

akhirnya angah memiliki simpanan fizikal pertama.. kenapa fizikal? sebab ia boleh disentuh, dipegang, nyata, realiti bukan fantasi, bukan ghaib seperti jin (sistem digital, kad debit, kredit), bukan berdasarkan nombor semata2 pada sehelai kertas yg mungkin bernilai seposen tapi bertulis rm50.. korang juga boleh gigit benda ni kalau nak..hehehe


dirham kelantan.. guane org ghanung ada dirham kelate tapi org kelate sendiri takdok.. dok pahe ambe..hehe
6 keping dirham kelantan 2.975gram perak ketulenan 99.9%.. ni je yg ambe mampu tukar dengan "kertas"(duit kertas).. dulu sehelai kertas merah dan hijau cukup doh kalau nok tukar dengan sekeping dirham tapi lening(sekarang) kena tiga helai kertas merah.. isk3.. "kertas" koho(semakin) murah lening..

Friday, March 18, 2011

Masalah Super Hidden File?

Assalamualaikum..
Kali ni angah nak ajar cara nak selesaikan masalah super hidden. Masalah ni berlaku dalam pendrive angah  disebabkan virus komputer. Gambar dibawah menunjukkan kesannya, angah tidak dapat klik pada kotak hidden untuk unhide file tersebut. File tersebut bernama programming.


Langkah pertama: buka/open command promp

klik start > all program > accessories > command prompt
atau
 buka/open run kemudian taip cmd . kemudian tekan enter


 Langkah kedua:  taip cd.. untuk reverse/close folder
                           taip cd untuk open folder
                           taip C: untuk directory C
                           taip F: untuk directory F jika file yang ingin
                           anda baiki berada pada directory F
                          (senang citer ikut je yg dalam gambar...kui2)

 langkah ketiga: taip dir


langkah keempat: taip attrib -s -h programming  
(programming adalah nama file tersebut jika file korang      
                           bernama comel, sila taip comel.. harap maklum)

sekian terima kasih..

ps: kalau nak senang lagi, pakai je software unhide.. x payah nak taip macam kat atas ni..huhu tapi keselamatan x terjamin. mungkin software tu sejenis spyware/virus..